Saturday 7 January 2012

Sedamai Tulip, Seindah Pagi, Seceria Hati


Alhamdulillah, masih diberikan kesempatan untuk menjalani hidup sebagai Hamba Allah. Hari ini hari kedua berturut-turut keindahan sang mentari dapat dilihat dan dirasai di Sandakan Bumi Bertuah ini. moga keceriaan yang di bawa oleh sang pencerah ini dapat menceriakan hidup sang laskar.

Menikmati koko panas bersama sanggar sambil tersenyum riang akan kisah semalam. Mana tidaknya malam semalam dapat ketemu cikgu kesayangan di laman muka buku. Dialah Cikgu dialah jua kakak bagi kami. Dan yang pastinya kami jua memberikan impak yang sangat berkesan kepada cikgu kesayangan. Kerinduan  pelajar kepada cikgunya yang sudah puas berbakti untuk mendidik anak bangsa memberikan jalan untuk mempertemukan "HOLIC" muka buku dengan Guru Kesayangan Sepanjang Zaman.

Kedamaian dihati berterusan tanpa melupakan ungkapan Alhamdulillah dan sentiasa mensyukuri nikmat Ukhwah yag diberikan. Kesempatan berkenal-kenalan rupanya menjadi tanda akrabnya "akhi bersama ukhti2nya" walau selalunya "perang". walhal "perang" itu adalah jambatan untuk membina ukhwah yang baru terjalin. "doaku moga kami akan berkekalan sebagai adik beradik".

Nah !! masa laskar cuba "mengetik"  butang2 huruf ini untuk mencurah rasa kedamaian di hati sang pencinta tulip, "Suddenly" terima panggilan untuk ketemu dengan sobat sekolah yang agak lama tidak bersua ada yang hampir 16 tahun or 10 tahun. Moga ini menjadi titik permulaan kami berukhuwah fillah.

Hanya untuk setakat ini saja CURHAT yang hanya sebesar zarah namun nikmatnya tidak terhingga. moga dapat berjumpa dilain "post". Assalamualaikum.

Monday 2 January 2012

Selamat Datang Masihi 2012



Selamat datang 2012. moga dalam kita gembira untuk meraikan tahun baru masihi ini. kita masih dapat meng"istiqomah"kan cara hidup dan budaya orang timur yang amat serasi dengan kehidupan islami.

Bercakap tentang tahun baru , pasti saja kita akan secara otomatisnya membicarakan tentang azam, seperti biasa jua soalan stereotype ini biasa diaju mahupun mengaju sesama teman ..benarkan??  Bagi ana semuanya subjektif dan ana juga punyai pandangan sendiri. asalkan saja kehidupan lebih baik dari tahun yang kemaren. rasanya sudah berjaya. cuma penilaian kejayaan setiap orang itu berbeda. Kaya, Naik Pangkat, Kahwin, Punya Anak. dan sebagainya. apapun jawapan tentang kejayaan menamatkan tahun 2011 dengan mencapai azam semuanya juga berbalik tentang usaha masing-masingkan.

Sang Laskar mendoakan agar tahun ini semua yang dicita-citakan menjadi kenyataan, dipermudahkan perjalanan hidup, diberikan kesihatan yang baik serta mendapat kehidupan yang berQualiti di sisiNya. Amin 

akhirul kalam.. moga kehidupan akan lebih jadi lebih baik dari sebelumnya.. "yuk jadi orang baik


 

Sunday 1 January 2012

Terungkap Alhamdulillah

“Ya ALLAH, jadikan diriku lebih baik daripada sangkaan mereka, janganlah Engkau hukum aku karena ucapan mereka dan ampunilah daku lantaran ketidak tahuan mereka”,(Abu Bakar As-Shiddiq ra)" bagiMulah segala puja puji, dgn hati badan dan lisanku.