Saturday 7 January 2012

Sedamai Tulip, Seindah Pagi, Seceria Hati


Alhamdulillah, masih diberikan kesempatan untuk menjalani hidup sebagai Hamba Allah. Hari ini hari kedua berturut-turut keindahan sang mentari dapat dilihat dan dirasai di Sandakan Bumi Bertuah ini. moga keceriaan yang di bawa oleh sang pencerah ini dapat menceriakan hidup sang laskar.

Menikmati koko panas bersama sanggar sambil tersenyum riang akan kisah semalam. Mana tidaknya malam semalam dapat ketemu cikgu kesayangan di laman muka buku. Dialah Cikgu dialah jua kakak bagi kami. Dan yang pastinya kami jua memberikan impak yang sangat berkesan kepada cikgu kesayangan. Kerinduan  pelajar kepada cikgunya yang sudah puas berbakti untuk mendidik anak bangsa memberikan jalan untuk mempertemukan "HOLIC" muka buku dengan Guru Kesayangan Sepanjang Zaman.

Kedamaian dihati berterusan tanpa melupakan ungkapan Alhamdulillah dan sentiasa mensyukuri nikmat Ukhwah yag diberikan. Kesempatan berkenal-kenalan rupanya menjadi tanda akrabnya "akhi bersama ukhti2nya" walau selalunya "perang". walhal "perang" itu adalah jambatan untuk membina ukhwah yang baru terjalin. "doaku moga kami akan berkekalan sebagai adik beradik".

Nah !! masa laskar cuba "mengetik"  butang2 huruf ini untuk mencurah rasa kedamaian di hati sang pencinta tulip, "Suddenly" terima panggilan untuk ketemu dengan sobat sekolah yang agak lama tidak bersua ada yang hampir 16 tahun or 10 tahun. Moga ini menjadi titik permulaan kami berukhuwah fillah.

Hanya untuk setakat ini saja CURHAT yang hanya sebesar zarah namun nikmatnya tidak terhingga. moga dapat berjumpa dilain "post". Assalamualaikum.

2 comments:

  1. ceh... hehehe apasal mcm bahasa indon suda ni.. maybe cara penyampaian diri sendiri kali ar... teruskan sodiqi...

    ReplyDelete